PENGENALAN EKSA

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan sektor awam di Malaysia. Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikalPelaksanaan amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja,.Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, amalan EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan berasaskan Standard MS ISO 9001:2015, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa pengurusan sumber berkaitan persekitaran kerja. Pelaksanaan amalan EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan secara keseluruhan.





0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.