Friday, July 24, 2020

LIFEBOUY(Pelampung keselamatan)


NAMA PERALATAN          :           Lifebuoy (Pelampung Keselamatan)

Eva Busa Tapal Kuda Buih - Buy Eva Busa Tapal Kuda Buih,Besi Ladam ...

Alat Keselamatan diatas Kapal :  

 Lifebouy berbentuk Cincin (Bulat) dan Ladam Kuda

 

1.0       PENGENALAN       

Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan adalah merupakan alat yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada lemas dengan cara membantu memberi apungan ketika berada di permukaan air. Lifebuoy  mempunyai pelbagai bentuk antaranya berbentuk Cincin (bulat) dan juga berbentuk Ladam Kuda. Sesetengah pelampung keselamatan dibekalkan dengan cahaya lampu yang diaktifkan apabila bertindak balas dengan air laut. Ini bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dijalankan pada waktu malam. Dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan yang banyak digunakan adalah  berbentuk bulat dan berwarna oren.

 

2.0       PENGELUAR

 

Terdapat banyak pengilang atau pengeluar yang terlibat dalam menghasilkan Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan antaranya ;

           

2.1       Commercial Ring Buoy- U.S Coast, Amerika Syarikat.

2.2       Wuxi City Hai Xiang Shipping Equipment Co. Ltd.

 

Kebanyakan Lifebuoy yang digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah daripada keluaran Wuxi City Hai Xiang Shipping Equipment Co. Ltd. dan berwarna oren.

3.0       KEGUNAAN

 

3.1       KHUSUS

Digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang dengan cara mencampakkan kepada mangsa bagi membantu memberi apungan ketika berada di permukaan air.

 

3.2       UMUM    

3.2.1         Lifebuoy boleh juga digunakan sebagai pelampung khususnya kepada seseorang yang tidak tahu berenang ketika menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan sungai, tasik dan juga laut.

3.2.2         Selain itu, Lifebuoy juga digunakan sebagai alat penghadang pada bot bagi menggelakkan pergeseran.                      

 

4.0       TATACARA PENGGUNAAN  

Lifebuoy  atau pelampung keselamatan bertindak menyelamat mangsa dengan cara memberi apungan ketika berada di permukaan air. Untuk itu, penggunaan atau pengendalian Lifebuoy dengan cara yang betul boleh membantu keberkesanan khususnya ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan.

 

Tatacara penggunaan Lifebuoy boleh dibahagikan kepada dua kategori pengguna iaitu tatacara mengguna bagi penyelamat dan tatacara mengguna bagi mangsa.

 

            4.1       Tatacara mengguna bagi penyelamat.

 

4.1.1   Semasa kerja menyelamat dijalankan, penyelamat hendaklah mencampakkan Lifebuoy ke arah berdekatan dengan mangsa bagi memudahkan mangsa mencapai tali pada Lifebuoy dan seterusnya memasukkan badan ke dalam Lifebuoy.

 

4.1.2   Sekiranya kerja menyelamat mangsa dijalankan di kawasan air yang mengalir, Lifebuoy hendaklah dicampakkan di arah hadapan mengikut arus air yang mengalir bagi memudahkan mangsa mencapai tali pada Lifebuoy.

 

            4.2       Tatacara mengguna bagi mangsa.

 

4.2.1   Capai dan tarik tali yang ada pada Lifebuoy ke arah berhampiran dengan badan.

 

4.2.2   Mangsa hendaklah memasukkan badan ke lilit bulatan dalam Lifebuoy dari arah bawah.

 

4.2.3   Seterusnya letakkan kedua-dua belah lengan tangan di atas Lifebuoy sambil rehatkan anggota badan sementara menunggu 

 

5.0       CARA PENJAGAAN

 

5.1       Setelah digunakan, pastikan Lifebuoy berada dalam keadaan baik.

5.2       Selepas digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan.

5.3       Setelah dibersihkan, gantung atau susun di tempat yang sesuai.

 

5.4       Simpan di tempat yang tidak terdedah dengan cahaya matahari.

 

 

 

6.0       SPESIFIKASI

 

Size

600 mm ( 24” )

750 mm ( 30” )

Bentuk

Bulat

Bulat

Bahan Binaan

Polyethylene

Polyethylene

Warna

Merah Putih

Oren

Ukur Lilitan Luar

600 mm ( 24” )

750 mm ( 30” )

Ukur Lilitan Dalam

355 mm ( 14” )

460 mm ( 18” )

Berat

1.3 kg

1.5 kg

Tali

30 m Panjang dan  6 mm ukur lilit tali

30 m Panjang dan  6 mm ukur lilit tali

 

6.1       Lifebuoy juga mampu mengekalkan 95% keapungannya di atas permukaan air dengan bebanan berat sebanyak 14.5 kg (32 paun) selama 48 jam.

 

7.0       KOMPONEN UTAMA         

Terdapat tiga komponen utama yang ada pada Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan iaitu Pelampung, Tali Sintetik dan Pita Retro-reflektif.

 

7.1       Lifebuoy/Pelampung

Alat yang digunakan untuk menyelamat dengan cara memberi keapungan kepada mangsa yang hampir lemas di atas permukaan air.

 

 

7.2       Tali Sintetik

Tali Sintetik dipasang pada tepi bahagian luar pelampung keselamatan bagi memudahkan pengendalian kepada anggota penyelamat dan juga memudahkan mangsa menarik pelampung.

 

 

 

7.3       Pita Retro-reflektif

Lifebuoy hendaklah dipasang dengan bahan pita Retro-reflektif dengan saiz sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci) lebar. Pita Retro-reflektif dilekatkan dengan mengelilingi bulatan badan Llifebuoy pada 4 bahagian yang berfungsi sebagai pemantul cahaya.

 






8.0       BAHAN BINAAN     

Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang berketumpatan rendah yang boleh terapung dan boleh bertahan dalam jangka masa yang lama seperti:

            8.1       Polyethylene

            8.2       Urethane Foam Buoyant Material Provides

 

9.0       ULASAN KESELURUHAN

Lifebuoy atau Pelampung Keselamatan adalah merupakan alat yang sesuai digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada lemas. Lifebuoy bertindak menyelamatkan mangsa dengan cara memberi apungan ketika berada di permukaan air. Selain itu Lifebuoy juga sesuai digunakan sebagai pelampung khususnya kepada seseorang yang tidak tahu berenang ketika menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan-kawasan sungai, tasik dan juga laut.


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.