Saturday, July 25, 2020

HAEVY DUTY SPREADER AND CUTTER 190


HAEVY DUTY SPREADER AND CUTTER 190

1.0         PENGENALAN  

 

1.1  Tugas-tugas  utama  yang dilaksanakan oleh Jabatan  Bomba Dan

Penyelamat Malaysia, selain daripada memadamkan kebakaran ialah melaksanakan kerja-kerja menyelamatkan nyawa di dalam kejadian kebakaran, bencana alam, kemalangan jalanraya dan lain-lain kejadian kecemasan.

 

1.2 Sejak kebelakangan ini, dengan jumlah kenderaan     yang bertambah di

     jalan-jalan raya dan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di

     Raja Malaysia telah menunjukan jumlah kemalangan jalanraya telah

     bertambah dari masa kesemasa yang melibatkan kecederaan dan

     kematian.  Oleh yang demikian ini telah menjadi cabaran kepada Jabatan

     Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja  

     menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terperangkap.      

 

1.3  Sehubungan itu, di dalam pelaksanaan tugas-tugas menyelamat untuk

mengeluarkan mangsa tersepit dan terperangkap dalam kejadian kemalangan jalanraya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah membekalkan beberapa peralatan-peralatan moden bagi anggota-anggota bomba melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan cekap dan berkesan di antaranya ialah Power Unit / Hydraulik unit di mana peralatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelamatan dengan cara memotong, merenggang dan sebagainya.

 

1.4  Di bawah disenaraikan antara peralatan-peralatan menyelamat “Hydraulic Spreader” yang di tempatkan dikebanyakkan jentera-jentera bomba untuk bersedia bagi melakukan kerja-kerja menyelamat di kemalangan jalanraya.


    KOMPONEN PERALATAN :

 

Bil.

Gambarajah & Nama Peralatan

Fungsi

1.

Controller

Mengawal aliran aliran hydraulik

2.

Handler

Sebagai pemegang

3

Blade

Alat untuk memotong

4

Tips

Alat untuk mengumpil/merenggang

5

Dual Hoses

Untuk mengalirkan cecair hydraulik

6

Silinder

Untuk menerima cecair hydraulic yang bertekanan daripada hos

  

   SPESIFIKASI  :

 

          .Berat  semasa penggunaan  19.9 kg

          Bukaan maksimum renggangan  710mm

          Maksimum kuasa renggangan  54  - 330 kn

         Menggunakan  single coupling.

 TATACARA PENJAGAAN PERALATAN

 

  Penjagaan peralatan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;

   

    SEBELUM PENGGUNAAN

 

      Alatan ini hendaklah diperiksa secara fizikal

     sebelum penggunaannya seperti memastikan                          tiada bahagian yang retak.

 

        Pemeriksaan ini juga meliputi keseluruhan peralatan

bagi memastikan fungsi kegunaannya berada dalam keadaan baik.

 

   SEMASA PENGGUNAAN

 

     Pastikan penggunaan tidak melebihi tahap

                                                      keupayaan dan kemampuan alat ini.

 

          Menggunakan peralatan perlindiungan personal yang   sesuai.

 

   SELEPAS PENGGUNAAN

 

     Pastikan peralatan dibersihkan dengan kain dan

                                                     disembur anti-karat di  bahagian pemotong.

 

      Pastikan bilah pemotong tidak sumbing atau rosak,

                                                   dan perlu diganti jika rosak.

 

        Laporan perlu dibuat jika peralatan   

mengalami kerosakan kepada pegawai aset.

 

 

 

 

 ULASAN KESELURUHAN

 

 Secara keseluruhannya, peralatan ini amat berguna dalam operasi kebombaan yang melibatkan operasi penyelamatan jalanraya. Dengan penggunaan peralatan dan teknik yang betul serta PPE yang sesuai, kerja-kerja penyelamatan akan menjadi lebih mudah dan berkesan.