HAEVY DUTY SPREADER AND CUTTER 190
1.0
PENGENALAN
1.1 Tugas-tugas utama
yang dilaksanakan oleh Jabatan
Bomba Dan
Penyelamat Malaysia, selain daripada memadamkan
kebakaran ialah melaksanakan kerja-kerja menyelamatkan nyawa di dalam kejadian
kebakaran, bencana alam, kemalangan jalanraya dan lain-lain kejadian kecemasan.
1.2 Sejak kebelakangan ini, dengan jumlah kenderaan yang bertambah di
jalan-jalan raya dan
berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di
Raja Malaysia telah
menunjukan jumlah kemalangan jalanraya telah
bertambah dari masa kesemasa yang melibatkan
kecederaan dan
kematian. Oleh yang demikian ini telah menjadi cabaran
kepada Jabatan
Bomba Dan Penyelamat
Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja
menyelamat
mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terperangkap.
1.3 Sehubungan
itu, di dalam pelaksanaan tugas-tugas menyelamat untuk
mengeluarkan mangsa tersepit dan terperangkap dalam
kejadian kemalangan jalanraya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah
membekalkan beberapa peralatan-peralatan moden bagi anggota-anggota bomba
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan cekap dan berkesan di antaranya ialah Power Unit / Hydraulik unit di mana
peralatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelamatan dengan cara
memotong, merenggang dan sebagainya.
1.4 Di bawah
disenaraikan antara peralatan-peralatan menyelamat “Hydraulic Spreader” yang di tempatkan dikebanyakkan jentera-jentera
bomba untuk bersedia bagi melakukan kerja-kerja menyelamat di kemalangan
jalanraya.
Bil. |
Gambarajah & Nama Peralatan |
Fungsi |
1. |
Controller |
Mengawal aliran aliran hydraulik |
2. |
Handler |
Sebagai pemegang |
3 |
Blade |
Alat untuk memotong |
4 |
Tips |
Alat untuk mengumpil/merenggang |
5 |
Dual Hoses |
Untuk mengalirkan cecair hydraulik |
6 |
Silinder |
Untuk menerima cecair hydraulic yang
bertekanan daripada hos |
SPESIFIKASI :
.Berat semasa penggunaan 19.9 kg
Bukaan maksimum
renggangan 710mm
Maksimum kuasa
renggangan 54 - 330 kn
Menggunakan single coupling.
TATACARA
PENJAGAAN PERALATAN
Penjagaan peralatan ini terbahagi kepada 3
bahagian iaitu;
SEBELUM PENGGUNAAN
Alatan ini hendaklah
diperiksa secara fizikal
sebelum penggunaannya seperti memastikan tiada bahagian yang retak.
Pemeriksaan ini juga
meliputi keseluruhan peralatan
bagi
memastikan fungsi kegunaannya berada dalam keadaan baik.
SEMASA PENGGUNAAN
Pastikan penggunaan tidak melebihi tahap
keupayaan dan kemampuan alat ini.
Menggunakan peralatan perlindiungan personal yang sesuai.
SELEPAS
PENGGUNAAN
Pastikan peralatan dibersihkan
dengan kain dan
disembur anti-karat di bahagian pemotong.
Pastikan bilah pemotong
tidak sumbing atau rosak,
dan perlu diganti
jika rosak.
Laporan perlu dibuat jika
peralatan
mengalami kerosakan kepada pegawai aset.
ULASAN KESELURUHAN
Secara
keseluruhannya, peralatan ini amat berguna dalam operasi kebombaan yang
melibatkan operasi penyelamatan jalanraya. Dengan penggunaan peralatan dan
teknik yang betul serta PPE yang sesuai, kerja-kerja penyelamatan akan menjadi
lebih mudah dan berkesan.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.