Saturday, July 25, 2020

Gergaji berantai

PENGENALAN

Gergaji berantai merupakan salah satu peralatan kebombaan yang perlu dikendalikan mengikut prosedur yang betul supaya dapat berfungsi dengan berkesan dan  mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pengguna. Seringkali anggota  kita di perlukan untuk bantuan serta ada ketikanya kita perlu menggunakan peralatan ini untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Di dalam JBPM terdapat 2 jenis gergaji berantai yang digunakan antaranya Husqvarna diperbuat dari Sweden dan yang terbaru Stihl dari Jermen.Penggunaan gergaji berantai ini umumnya adalah sama disebabkan teknologi dan ketahanan peralatan ini berbeza dari segi kos penyelenggaraan,JBPM telah menggunakan Stihl yang diperbuat dari Jerman supaya lebih efektif dalam perkhidmatan yang diperlukan.

Gergaji Berantai merupakan sejenis gergaji mekanikal mudah alih yang digerakkan dengan menggunakan tenaga elektrik, udara mampat, hidraulik, atau yang paling lazim, enjin kecil2 lejang.

2.0 KEGUNAAN PERALATAN

 

2.1       UMUM

Ia digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti terutamanya bagi tujuan pembalakan, pencantasan pokok dan pembersihan hutan.Terdapat juga sebilangan kecil gergaji rantai khas yang boleh digunakan untuk memotong konkrit.

2.2         KHUSUS

 

            Digunakan dalam JBPM untuk aktiviti pemotongan dan pencantasan pokok-pokok yang tumbang di jalan-jalanserta pembersihan hutan bagi membantu pencegahan kebakaran hutan daripada merebak.

 

 

3.0       BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA

Sebilah gergaji berantai terdiri daripada beberapa bahagian berikut:

Bahagian-bahagian Utama

Fungsi

 

Enjin

                                                 3.1 Enjin – hampir kesemuanya terdiri daripada enjin pembakaran dalamanpetrolkecil2 lejang, biasanya dengan sesaran enjin dalam lingkungan 30-120 cm3. Sebilangan kecil gergaji rantai menggunakan motor elektrik atau udara mampat.

 

 

Mekanisme Pacuan

 

3.2 Mekanisme pacuan – terdiri daripada klac emparan dan gegancu.

 

Bilah Pemandu

 

3.3 Bilah pemandu – bilah panjang yang diperbuat daripada keluli aloi tahan haus serta mempunyai alur di bahagian tepinya untuk panduan rantai.

 

 

Rantai Pemotong

 

 

3.4  Rantai pemotong – sejenis rantai yang seakan rantai basikal tetapi mempunyai mata pemotong yang tajam diperbuat daripada Tungsten Karbida(Aloi keluli).Di bahagian bawah setiap pautan rantai terdapat satu jejari kecil yang berfungsi untuk mengangkut minyak pelincir di serata rantai serta untuk berpaut pada gegancu bagi tujuan pemacuan.

 

 

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.