Saturday, July 25, 2020

1.0        1.0         Pengenalan

 

Sejak penubuhan Jabatan Perkhidmatan Bomba, kajian dan pelbagai kejadian kebakaran semakin berleluasa yang  menyebabkan pertambahan peralatan kebombaan. Sektor perindustrian minyak juga semakin berkembang di Negara ini. Bagi sektor-sektor perindustrian ini, agensi tersebut ada menyediakan peralatan yang berkaitan dengan industri mereka supaya jika berlaku kebakaran api minyak, peralatan membuat buih ini boleh digunakan                                                                     

Peralatan membuat buih boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Branch membuat buih ( Foam Making Branch ) untuk buih LX ( low expansion ) dan MX ( medium expansion ), penjana untuk buih LX, dan penjana untuk buih HX ( high expansion ). Peralatan membuat buih dengan pengembangan rendah iaitu Foam Making Branch 10X adalah salah satu peralatan yang digunakan oleh Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia

.1.0      Ulasan keseluruhan

 

Foam Making Branch 10X secara keseluruhannya digunakan sebagai peralatan membuat buih bagi pengembangan buih yang rendah (low expansion). Foam Making Branch 10X dapat menghasilkan pengembangan dalam nisbah 10:1 yang mana 10 liter air bersamaan 1 liter foam.

 

Kebiasaannya Foam Making Branch 10X  ini digunakan bagi operasi pemadaman api minyak dan juga boleh diaplikasikan di kawasan kemalangan atau kebakaran di dalam kawasan penerbangan. Foam Making Branch 10X boleh digunakan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang yang mana ianya mampu melindungi serta menentang kebakaran dengan cepat dan mampu menghalang berlakunya kebakaran semula. Kelebihan Foam Making Branch 10X adalah menghasilkan pancutan lebih kurang jarak maksimum 24 meter ke tempat kejadian.

Kategori Peralatan Membuat Buih

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan beberapa peralatan yang bersesuaian dengan pemadaman api minyak iaitu :-

 

 

Bil.

Kategori

Jenis-jenisPeralatan

1.

Branch membuat buih LX (PengembanganRendah)

 

1.    Foam Making Branch (FB) 5X

2.    Foam Making Branch (FB) 10X

3.    Foam Making Branch (FB) 10

4.    Foam Generator 5A

5.    Inline Inductor

2.

Monitor Buih LX (LX Foam Monitors)

1.    Monitor Buih

2.    Jenterapengangkut monitor

3.

Penjana Buih LX (Pengembangan Rendah)

Dipasang dalam system pemasangan tetap

4.

Branch PembuatBuih MX (Pengembangan Sederhana)

Pekatan buih sintatik yang menghasilkan pengembangan pada kadar 50:1 hingga 150:1

5.

Penjana Buih HX (Pengembangan Tinggi)

Buih yang dihasilkan disalur melalui satu saluran fleksibel


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.