Saturday, July 25, 2020


“CPR BOARD”

  PENGENALAN

 

1.1     ‘CPR Board’ adalah satu peralatan yang  ideal untuk latihan CPR dan juga pada mangsa sebenar.

1.2     Ianya direka untuk mengoptimumkan pergerakan ketika melakukan CPR terhadap mangsa.

1.3     Adalah menjadi satu keperluan bagi fasiliti-fasiliti seperti klinik, klinik pergigian, gymnasium, kolam renang, pusat jagaan kanak-kanak, pusat jagaan warga emas dan sebagainya

1.4     Di dalam Jabatan pula, CPR Board ini didatangkan bersama lain-lain peralatan di dalam jentera bomba bagi tujuan penyelamatan mangsa kemalangan,lemas dan sebagainya.

1.5     Peralatan yang digunakan oleh Jabatan adalah dikeluarkan oleh syarikat SPENCER yang terletak di Parma, Itali. Terdapat juga lain-lain syarikat yang mengeluarkan peralatan yang sama.

1.    BAHAGIAN PERALATAN

Hadapan

Belakang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1.1         Hadapan

1.1.1     Bahagian hadapan CPR board merupakan permukaan yang rata dan rendah pada bahagian bawah supaya dapat memberikan keselesaan kepada mangsa.

1.1.2     Terdapat 3 kompenan utama pada bahagian hadapan iaitu badan, kepala dan pemegang.

 

1.2         Belakang

1.2.1     Bahagian belakang dibina dengan berstruktur supaya dapat mengukuhkan peralatan ini agar dapat menampung berat badan mangsa terutamanya ketika melakukan CPR kepada mangsa dan juga bagi mengangkat  


TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN

 

1.1     Diletakkan pada bawah badan mangsa bagi tujuan membuat CPR terhadap mangsa.

1.2     Digunakan pada permukaan tanah yang tidak rata, berbatu, tanah lembut atau sebagainya bagi mengampu badan mangsa dan mengelak dari berlakunya kecederaan ketika melakukan CPR terhadap mangsa.

1.3     Dapat meluruskan badan dan juga melancarkan laluan pernafasan mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.