Saturday, July 25, 2020

GIBBBS ASCENDER

                        GIBBS ASCENDER

RESCUE GIBBBS ASCENDER MODEL 3S

1.0       PENGENALAN

 

Pada awalnya digunakan oleh pendaki gunung dan pejelajah gua. Model Penyelamat mempunyai shell yang lebih berat dan diameter pin lebih besar untuk kekuatan yang lebih baik apabila digunakan dalam sistem hauling. Gibbs Ascenders biasanya digunakan oleh pasukan penyelamat sebagai pengganti kepada tali prusik dalam sistem rigging. Ascender jenis spring loaded akan menyokong berat sendiri apabila tiada beban pada cam. Bahagian bawah shell yang bulat dapat memberikan kuasa dengan meningkatkan jumlah kawasan permukaan menggenggam tali

1.0       KEGUNAAN AM

1.1          Digunakan secara berkesan untuk membahagikan pemotongan ke peringkat yang bersesuaian dalam satu-satu masa bagi mendapatkan kekuatan tali yang maksimum. Boleh memberi cengkaman yang kuat walaupun berada dalam keadaan yang sukar seperti berais, berlumpur, dengan mengurangkan kerosakkan pada tali pada tahap yang paling minimum.

 

2.0       KEGUNAAN KHUSUS

2.1         Para penyelamat menggunakan alat ini untuk kerja-kerja menaikkan mangsa atau barang ketika menggunakan tali. Alat ini memberi kelebihan kepada penyelamat kerana mampu bekerja pada tengah tali atau semasa sedang tergantung

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN

6.1    Cara mengguakan Gibbs Ascender ialah buka Safty Pin  masukkan tali pada Cam kemudian letak semula Cam pada Shell dan masukkan semula Safety Pin pada Shell semula. Pastikan Safety Pin dimasukkan dengan betul bagi mengelakkan Cam dari tercabut.

 

7.0     KELEBIHAN

7.1     Mencengkam dengan lebih baik dalam keadaan lembab, berais dan     berlumpur.

           7.2   Mempunyai kekuatan yang tinggi.

7.3   Tidak merosakkan kulit tali seperti ascender yang lain.

 

8.0     KEKURANGAN

            8.1   Mesti dialihkan daripada tali selepas digunakan.

           8.2   Memerlukan kedua-dua belah tangan untuk dipasang pada tali.

ULASAN KESELURUHAN

9.1   Pada ketika ini perlatan ini telah kurang digunakan oleh jabatan kerana cara penggunaan             yang sukar.

9.2   Jabatan telah menggantikan peralatan ini dengan peralatan yang lebih mudah digunakan iaitu Ascension Assender  seperti dalam rajah 

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.