Friday, July 24, 2020

Bag Valve Masks (BVM)

1.0         PENGENALAN

Topeng beg injap, disingkatkan kepada Bag Valve Masks (BVM), ia adalah alat tangan yang digunakan untuk memberi pengudaraan tekanan positif kepada pesakit yang tidak bernafas atau yang tidak bernafas secukupnya. Peralatan ini merupakan  sebahagian peralatan penyedaran semula pesakit untuk kegunaan para perubatan terlatih, seperti krew ambulan, pembantu perubatan dan jururawat terlatih. BVM adalah kerap digunakan di hospital dan ia merupakan satu bahagian penting untuk menangani sesuatu kemalangan. Peralatan ini digunakan secara meluas di dalam bilik kecemasan untuk memberi pengudaraan pesakit yang telah diberi ubat bius.

 

2.0         OBJEKTIF

Dengan adanya maklumat seperti ini boleh memberi manfaat kepada semua anggota-anggota untuk mengenal serta tatacara penggunaan peralatan perubatan dengan cekap dan berhemah.

 

3.0         SEJARAH

Injap beg topeng konsep telah dibangunkan pada tahun 1953 oleh jurutera Jerman, Dr Holger Hesse, dan rakannya, pakar bius Denmark Henning Ruben, berikutan kerja awal mereka pada pam sedutan. [2] Mereka menamakan Ambu resuscitator beg mereka, dan kemudian terbentuk syarikat mereka sendiri, juga dipanggil Ambu, untuk mengeluarkan dan memasarkan, bermula pada tahun 1956

 

4.0         Kegunaan

4.1         Khusus

Digunakan untuk paramedic dan jururawat bagi member bantuan pernafasan

4.2         Umum

Mask juga boleh digunakan untuk memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut






 

5.0         Komponen-Komponen Utama

BVM terdiri daripada beberapa bahagian bahagian . Bahagian pertama (1) iaitu topeng (Mask).Ia digunakan untuk menutup seluruh wajah pesakit. Topeng injap terdapat berbagai saiz iatu bayi, kanak-kanak, dan orang dewasa. Saiz topeng mungkin berbagai saiz beg, contohnya, satu beg bersaiz pediatrik mungkin boleh digunakan dengan topeng yang berbeza untuk saiz muka dewasa, atau topeng pediatrik mungkin digunakan dengan beg dewasa untuk pesakit dengan wajah kecil.  

 

 

 

 

5.1         Mask (Topeng)

Gambarajah diatas menunjukkan Spencer Flex Mask terdiri daripada injap sehala, yang disambungkan kepada injap topeng , ia dibuat dengan menggunakan  bahan lateks bebas. Ia digunakan untuk menghubungkan mulut ke mulut. Flex Mask boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana pesakit yang memerlukan pernafasan perlu membaringkan badan. Aliran udara boleh dipertingkatkan dengan oksigen dengan mengeluarkan topi pada topeng dan dengan memasukkan tiub bekalan oksigen. Topeng lut sinar membolehkan pengendali untuk  melihat sebarang objek aneh yang boleh menyekat pengudaraan semasa bantuan diberikan. Kelembutan kusyen pada topeng menjamin lekatan yang sempurna kepada muka pesakit. 

 

5.2 Valve (injap)

Bahagian kedua mempunyai penapis dan injap untuk menghalang pengaliran balik ke dalam beg itu sendiri. Bahagian penapis pada no. 2 seperti gambarajah dibawah.

 


 

 

 

 

 

 

 

5.3 Bag

Bahagian ketiga (3) iatu ruang udara fleksibel dinamakan sebagai ‘beg", kira-kira bersaiz bola sepak Amerika). Apabila topeng muka digunakan beg akan dipam untuk mendapatkan tekanan udara keatas pesakit, peralatan ini menghantar udara ke dalam paru-paru pesakit. Terdapat pelbagai jenis beg adalah seperti berikut:

 

 

 

            5.3.1 B-bag (Double bag resuscitator)

                        

            5.3.2 B-life (Silicon resuscitator)

                                    

 

 

 


 


 

 

5.3.3 Eco B-life (Rubber resuscitator)

                                    

 

5.3.4   Pro B-life (PVC resuscitator)

 

6.0         Tatacara Penggunaan

 

Bag Valve Mask diguna pakai ketika oleh paramedik dan jururawat terlatih di hospital-hospital dan kebiasaannya ditempatkan di dalam ambulan. Semasa kerja-kerja menyelamat dijalankan, paramedik serta jururawat hendaklah mengikut tatacara seperti berikut:

 

6.1         Memastikan kedudukan kepala mangsa mendongak sedikit

6.2         Pilih mask yang sesuai untuk mulut pesakit

6.3         Lekapkan mask pada mulut pesakit dengan cermat dan pastikan tidak terdapat kebocoran pada mask.

6.4         Picitkan Bag mengikut kiraan CPR

6.5         Dan ulang sehingga pesakit boleh bernafas seperti sediakala

(Gambarajah diatas menunjukkan tatacara pemakaian BVM)

 

 

7.0         Ulasan Keseluruhan

Bag valve mask adalah merupakan alat yang sesuai untuk memberi bantuan pernafasan bagi menggantikan sistem pernafasan dari mulut ke mulut. Dengan adanya alat ini sedikit sebanyak boleh mencegah dari kejadian mengambil kesempatan keatas pesakit terutamanya bagi golongan wanita. Kebanyakkan terjadinya kes-kes seperti ini ia akan memberi memberi kesan negatif  kepada pakar-pakar perubatan dan agensi penyelamatan.

 


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.