Saturday, July 25, 2020

FB 5X

PENGENALAN

Peralatan membuat buih boleh di bahagi kepada tiga bahagian. Branch membuat buih ( Foam Making Branch – FMB ) adalah untuk (Low expension- LX dan Medium expension-MX ). Seterusnya adalah penjana untuk buih LX dan yang ketiga adalah penjana untuk buih HX ( High expension – HX ).

 

 

 

SPESIFIKASI

Gambar rajah 1 di atas menunjukan Branch pembuat buih jenis 5X. Branch pembuat buih FB 5X di perbuat daripada aluminium alloy. Pengeluaran air di hujung nozel FB 5X adalah 225liter per minit dengan kekuatan air dalam 5.5 bar. Penghasilan buih adalah 2270 liter per minit.

 

 

KOMPONEN UTAMA BRANCH PEMBUAT FB 5X

a). Water Inlet

b). On – Off Valve

c). Rubber Ring

d). Inductor Inlet ( Blanked Off )


 

 

 

Protector Firesafety India Pvt. Ltd. - Foam making branch pipe FB ... 

KEGUNAAN

 

Branch pembuat buih FB 5X di gunakan bagi menghasilkan buih bagi tujuan pemadaman api minyak.

Branch pembuat buih juga digunakan bersama dengan penginduksi pekatan buih atau bersendiri iaitu yang mempunyai kemudahan penyedutan buih menggunakan pick-up tube pada pangkal branch. Menghasilkan buih pada kadar 5:1 hingga 15:1. Branch pembuat buih FB 5X juga dapat menghasilkan pancutan buih dalam jarak yang lebih jauh jika di bandingakan dengan branch pengembangan buih sederhana.

 

 

 

CARA PENGUNAAN

 

Male coupling (water inlet) pada Branch pengembangan buih FB 5X akan di sambung ke female couple hos hantaran. Pick – up tube akan di sambung ke Inductor Inlet ( Blanked Off ). Seterusnya Pick-up tube akan di masukan ke dalam tong buih. Air yang bertekanan tinggi daripada hos dan bercampur dengan buih yang di sedut melalui pick-up tube akan mengeluarkan buih di hujung nozel Branch pengembangan buih FB 5X.

Penggunaan Branch pembuat buih juga boleh di kawal melalui injap ‘on – off ‘ yang berada di sebelah belakang pemegang.

 

 

 

 

 

 


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.